Selamat Tinggal KMNS

Hari ini adalah hari terakhir aku di KMNS setelah berada selama 2 thn 8 bln. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 unit Sc Info kerana begitu sporting, friendly dan kecindan. Langsung tidak menerima tekanan ketika bkerja dan dpt bkerja dgn senang hati. Sedih gak nak tinggalkan suasana yang sebegini ceria. Aku juga nak mohon ampun dan maaf kepada semua warga KMNS sekiranya terdapat salah silap aku selama di sana. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan.

Maaf dipinta jika tersasul kata,

Terlanjur bicara,

Murni kata dek mulia,

Murni bahasa dek indah,

Murni sahsiah dek amal.

Kok salah mohon diampun,

Mana yang baik jadi ikutan,

Mana yang buruk jadi teladan,

Pesan kami, setitis jadikan laut,

Sekepal jadikan gunung,

Alam terbang jadikan guru.

0 comments:

Post a Comment