Jom Kita Migrasi Kepada OpenOffice

Sebagaimana kita ketahui bahwa Microsoft Office adalah program aplikasi pejabat yang sangat popular. Penggunaan MS Office begitu meluas dan sudah sebati di kalangan pengguna computer di Malaysia. Penggunaan yang begitu extreme menyebabkan mereka menganggap hanya MS Office satu-satunya program aplikasi pejabat yang boleh membantu mereka dalam kerja-kerja pemprosesan perkataan, persembahan, pangkalan data dan hamparan elektronik.
Ramai yang masih tidak menyedari bahawa untuk menggunakan program aplikasi MS Office kita memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan lesennya. Adakah MS Office yang telah terinstall di dalam computer anda mempunyai lesen yang sah?
Sekiranya tidak menggunakan MS Office, program apa yang harus digunakan? Ya, sudah tiba masanya kita beralih kepada penggunaa OpenOffice.

OpenOffice.Org adalah sebuah program aplikasi pejabat yang dikembangkan oleh Sun Microsystems Inc. yang boleh anda miliki secara percuma. Walaupun percuma tapi kemudahan dan kemampuannya sentanding dengan Microsoft Office.
Aplikasi ini berkonsepkan OpenSource dimana setiap orang bebas untuk memilikinya, menggunakannya, menyebarkannya dan bahkan turut serta dalam mengembangkannya. Anda bebas menginstall aplikasi ini dimana saja, untuk keperluan pribadi, pejabat, sekolah, tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu dari pengeluarnya ( Sun Microsystems Inc. )
Bagi anda yang telah terbiasa menggunakan Microsoft Office sebelumnya anda tidak akan mengalami sebarang masalah dalam mengoperasikan aplikasi ini karana cara menjalankannya dan paparannya hampir sama dengan Microsoft Office. Selain itu dokumen yang telah dibuat dengan aplikasi ini compatible dengan Microsoft Office, maksudnya dokumen yang anda buat dengan OpenOffice.Org dapat anda buka juga di Microsoft Office, demikian juga sebaliknya.
Untuk dapat memilikinya anda boleh mendownload langsung di laman web rasminya di http://www.openoffice.org/
Saiz failnya ialah 142 MB jadi anda perlu bersabar sidikt semasa menndownloadnya, namun sebelum anda menginstall aplikasi ini ada baiknya anda periksa terlebih dahulu beberapa persyarat minima agar aplikasi ini dapat beroperasi dikomputer anda :
· Menggunakan Sistem Operasi Windows 2000, XP atau Vista.
· Minimum Processor Pentium III ke atas
· Menggunakan minima 256 MB RAM
· Ruang hard disk minima yang masih tersedia 370 MB
Berikut ini adalah tampilan awal dan sekilas gambaran aplikasi-aplikasi yang tersedia pada
OpenOffice.Org :
OpenOffice Writer ( Word Processing )

OpenOffice Calc ( Spreadsheet )
OpenOffice Impress ( Presentation)
Tentunya masih terdapat aplikasi menarik lainnya yang tersedia pada OpenOffice.Org yang dapat anda gunakan.
Semoga informasi ini bermanfaat bagi anda, sudah tiba masanya saya, anda dan kita semua menghargai hasil karya orang lain dengan jalan tidak menggunakan aplikasi yang tidak sah. Say No to MS Office.

Sambutan Hari Raya