Pada sesi ni KMPP menerima hanya seramai 1911 orang sahaja, bilangan pelajar yang agak sedikit.Alhamdulillah... aku tidak mendapat mentee pada semester ni. So tidak ada apa yang boleh aku lakukan sepanjang minggu ini. Datang kolej sekadar berborak kosong dan surf internet... boring gak. Minggu ini gak aku ambil kesempatan meronda kat KMPP ini utk tinjau panorama kolej. Sehingga setakat ini, member2 kat sini kira oklah... boleh masuk. Kerja tak tau lagi... tp nampaknya macam bnyk jer. Jadual tak dapat lg, dengar kata 12 jam kot. Kira OK lah tu.
Pendaftaran Pelajar Sesi 2009/2010
Hari ini adalah hari pendaftaran Pelajar PST sesi 2009/2010 di KMPP. Aku bertugas di bahagian Kawalan Pelajar. Tak la banyak kerja sangat yang boleh aku buat setakat memerhati sahaja, lain-lain dilakukan oleh sukarelawan. Di sini pendaftaran bermula pukul 8.00 - 12.00 tgh shj. Habis jer pendaftaran ingat nak balik jer lepak kat rumah, tapi jalan terlalu sesak sbb waris mulai keluar. Aku ambil keputusan untuk lepak jer kat unit. Nasib baik ada internet boleh gak layan.
Wet World Pedas Hot Spring


Aku mengambil kesempatan cuti hari perkerja membawa family bercuti ke Wet World Pedas Hot Spring.
Info Pedas Hot Spring
PEDAS atau "Podeh" dalam loghat Negeri Sembilan adalah pekan kecil yang terletak di Rembau, daerah di selatan negeri itu yang masih mengekalkan tradisi lama Adat Perpatih.
Berbanding pekan kecil lain di daerah itu seperti Chengkau, Astana Raja, Kota dan Lubuk Cina, Pedas dilihat lebih menonjol dan tersohor kerana mempunyai daya tarikan kolam air panas semula jadi yang ditemui masyarakat di situ sekitar abad ke-19.
Kolam itu dikatakan pernah menjadi tempat tentera Jepun dan Inggeris memulihkan luka akibat peperangan dan khasiatnya yang dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dan lenguh sendi serta mampu merenggangkan otot badan dan saraf yang tegang, menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai.
Kalangan pengunjung yang mengunjungi kolam berkenaan bukan saja penduduk tempatan tetapi juga luar negara dari Thailand, Jepun dan Singapura yang sanggup datang ke situ untuk berikhtiar mengubati penyakit tertentu.
Namun, kolam yang mempunyai kepanasan suhu mencecah antara 28 hingga 46 darjah celsius itu sudah dinaik taraf menjadi taman tema air dikenali Wet World Resort Pedas Hot Spring pada 1998 sebelum dibuka kepada orang ramai pada 1999 sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan
Pengunjung boleh datang melalui Lebuhraya Utara Selatan dan masuk di laluan susur keluar Pedas/Rembau sebelum mengambil jalan lama Tampin-Seremban. Mereka juga boleh melalui Plaza Tol Senawang sebelum menyusur keluar jalan lama Seremban-Tampin. Perjalanan dari bandar Seremban ke WWRPHS pula mengambil masa kira-kira 20 minit.
Aku kini warga KMPP
Kini aku sudah sah menjadi warga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Pada 20 April 2009 telah melapor diri untuk memulakan tugas di sana. Memandangkan kolej sedang bercuti, so tak payah bertugas lagi la... aku akan memulakan tugas di sana mulai 08 Mei 2009. Aku dimaklumkan bahawa pada tarikh tersebut ada taklimat Mentor Mentee, untuk pengetahuan rakan2 kat KMNS aku tak akan dapat mentee, jgn jelous tau.
Selamat Tinggal KMNS
Maaf dipinta jika tersasul kata,
Terlanjur bicara,
Murni kata dek mulia,
Murni bahasa dek indah,
Murni sahsiah dek amal.
Kok salah mohon diampun,
Mana yang baik jadi ikutan,
Mana yang buruk jadi teladan,
Pesan kami, setitis jadikan laut,
Sekepal jadikan gunung,
Alam terbang jadikan guru.
Melalui hari-hari terakhir di KMNS
Minggu ini adalah minggu yang terakhir aku menjadi warga KMNS. Tapi untuk melalui saat-saat akhir ini terasa amat memeritkan dan membosankan, bukan kerana hati sudah tidak suka dan bukan juga tidak sayang. Tapi tidak apa yang dapat aku lakukan sepanjang minggu ini, hanya sekadar datang mengadap komputer, melayari internet, membaca surat khabar, menonton movie etc.

