Kini aku sudah sah menjadi warga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Pada 20 April 2009 telah melapor diri untuk memulakan tugas di sana. Memandangkan kolej sedang bercuti, so tak payah bertugas lagi la... aku akan memulakan tugas di sana mulai 08 Mei 2009. Aku dimaklumkan bahawa pada tarikh tersebut ada taklimat Mentor Mentee, untuk pengetahuan rakan2 kat KMNS aku tak akan dapat mentee, jgn jelous tau.
Selamat Tinggal KMNS
Maaf dipinta jika tersasul kata,
Terlanjur bicara,
Murni kata dek mulia,
Murni bahasa dek indah,
Murni sahsiah dek amal.
Kok salah mohon diampun,
Mana yang baik jadi ikutan,
Mana yang buruk jadi teladan,
Pesan kami, setitis jadikan laut,
Sekepal jadikan gunung,
Alam terbang jadikan guru.
Melalui hari-hari terakhir di KMNS
Minggu ini adalah minggu yang terakhir aku menjadi warga KMNS. Tapi untuk melalui saat-saat akhir ini terasa amat memeritkan dan membosankan, bukan kerana hati sudah tidak suka dan bukan juga tidak sayang. Tapi tidak apa yang dapat aku lakukan sepanjang minggu ini, hanya sekadar datang mengadap komputer, melayari internet, membaca surat khabar, menonton movie etc.
Lawatan kerja ke KMK
Kempen Earth Hours vs KFC
Belajarlah berkata cukup...
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always greener on the other side’. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.
“Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…”
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP….ALHAMDULILLAH …..”
” Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.
Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita.


.jpg)
