Erti sebuah persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

Petua Hadapi H1N1

Written by Ustaz Syairazi
Sunday, 02 August 2009

1. PENYAKIT BERJANGKIT & IMANI QADA’ QADAR.
Perkara utama bagi semua umat Islam, jangan sesekali lupa atau ‘terlupa’ bahawa semua bakteria, virus atau apa jua makhluk yang membawa mudarat ini terlepas dari kekuasaan Allah swt.
Jikalau kita menelurusi hadis Nabi s.a.w, kita akan dapati anjuran Nabi s.a.w untuk berhati-hati apabila bercampur dengan pesakit kusta dan sopak. Sudah tentu anjuran Nabi itu terpakai buat semua jenis penyakit yang diiktiraf boleh merebak dan ‘berjangkit’. Hadis berikut amat jelas :-

لا عدوى ولا طيرة ولا هامة قال له رجل : أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل ، قال : ذاك القدر ، فمن أجرب الأول ؟
Ertinya : Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah (satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata : Apa pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang lain?. Nabi menjawab : Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan), dari mana pula yang pertama mendapat penyakitnya? ( Riwayat Ahmad )
Allah swt mengingatkan :-

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )
Berbekalkan ayat dan hadis di atas, Islam mengajar kita agar melihat ketentuan Allah swt sebagai asas, sebelum melihat kepada soal sebab dan musabbab atau sunnatullah (hukum alam).
Walaupun demikian, Nabi s.a.w juga mengingatkan :

فِرَّ من المجذوم فِرارَك من الأسد
Ertinya : Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa” ( Riwayat Al-Bukhari)
Manakala di dalam sebuah hadis lain :-

لا يُورِد مُمَرَّضٌ على مُصَحٍّ
Ertinya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat (Riwayat Muslim)

Mungkin ada yang terfikir wujudnya pertentangan makna di antara hadis berkenaan qadar Allah swt dan saranan menjauhi pesakit berjangkit.

Hakikatnya, tiada kontradiksi di antara satu sama lain, perlu difahami bahawa orang Arab di zaman Jahiliyah percaya tubuh orang sakit akan automatik memberi kesan buruk yang pasti kepada tubuh orang yang sihat tanpa mengira sebarang sebab atau taqdir[1]. Atas sebab itu hadis menyebut hadis pertama, namun dalam masa yang sama tidak menafikan jangkitan dari berlaku. Oleh itu, dalam konteks ketiga-tiga hadis di atas, mesej yang disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w adalah :-

· Menafikan kepercayaan silam bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, justeru di dalam Islam, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.
· Membetulkan kefahaman semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit, semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt untuk mendatangkan sakit itu kepada kita atau tidak.
· Membetulkan kefahaman ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara satu sama lain.

Hasilnya, Islam tidak menafikan wujudnya kebolehjangkitan tetapi hadis itu disebut dalam konteks dan objektif yang disebutkan di atas. Kebolehjangkitan adalah termasuk di dalam perkara sunnatullah (hukum ketetapan alam), cuma umat Islam perlu memahami ia tertakluk di bawah izin Allah swt. Pastinya, di musim berlakunya perebakan wabak seperti selsema babi ini, tidak mudah untuk mana-mana individu yang terkena dan belum kena untuk meyakini kuasa Allah. Itulah sebenarnya salah satu ujian Allah swt untuk hambaNya, mendatangkan bala sebagai ujian, tapisan iman serta mengingatkan hamba kepada kekuasaan penciptaNya. Hanya merkea yang beriman mampu melakukannya. Semoga kita terdiri dari golongan itu.

2) JANGAN TUDUH SESIAPA SEBAGAI PUNCA

Jangan menuduh sesiapa sebagai penyebab anda terkena selsema ini, jangan juga marah kepada sesiapa. Ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui secara pasti dari manakah kita mendapat virus tersebut. Ini kerana virus selsema boleh sahaja datang dari tombol pintu pejabat yang kita pegang, pintu kereta, teksi, mouse computer, key board dan sebagainya. Mungkin terdapat indidivdu lain yang bersin lalu tangannya memegang keyboard, pintu atau berjabat tangan dengan anda sebelum tangannya benar-benar bersih dari virus.
Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang yang bersin di hadapan kita atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train atau bas, namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti, kita mendapat selsema dari orang terbabit, besar kemungkinan virus itu telah kita dapati sejak di stesyen bas lagi. Perlu difahami juga, jarak tebaran germ dari seorang yang bersin secara terbuka adalah sekitar 10 kaki jaraknya. Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan yakinlah ia takdir Allah swt untuk menguji kita.

Cuba lihat petikan video ini :


3. ELAK KELUAR DAN MASUK DARI KAWASAN SESAK DAN WABAK

Elakkan bercampur di temat awam tanpa keperluan yang mendesak dan adalah baik jika dapat sentiasa membersihkan setiap apa yang ingin kita pegang di temat awam. Mungkin sahaja semuanya telah dicemari oleh virus selsema babi tadi dan sedang menunggu orang menyentuhnya sahaja.
Saranan pencegahan ini sesuai dengan hadis di atas dan juga tindakan Nabi yang tidak berjabat tangan dengan seorang lelaki kusta dari rombongan Bani Thaqif di ketika sesi berbai’ah (janji taat setia). Yangmana Nabi saw diriwayatkan berkata yang ertinya : “Pulanglah, kamu telah pun dikira berbai’ah” (Rujuk Sohih Muslim)
Nabi s.a.w :-
إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه
Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Mungkin akan adayang tertanya-tanya mengapa dihalang mereka yang sihat untuk kelaur dari kawasan wabak, apakah justifikasi arahan nabi sejak 1400 tahun yang lalu ini. Jawapan diberikan oleh Dr Muhammad Al-Bar (merupakan seorang doktor pakar perubatan dan ahli Majlis Fiqh OIC), beliau menegaskan terdapat individu yang tidak jatuh sakit dengan sesuatu jenis virus, manakala sebahagian lain jatuh sakit. Mungkin sahaja yang keluar ini sihat, tetapi tubuhnya sedang membawa virus dari kawasan wabak, hasilnya, ketibaannya di tempat baru menyebabkan penyebaran berlaku kepada penduduk setempat dan pasti akan ada sebahagian yang boleh jatuh sakit dengan virus tersebut.
Selain itu, kemungkinan juga individu yang sihat ketika keluar itu, belum terkesan lai dengan virus yang berada di dalam tubuhnya. Ini kerana sebahagian virus memerlukan beberapa masa dan tempoh untuk membiak dan mengganggu kesihatan mangsa. Hasil dari semua kemungkinan ini, Nabi s.a.w sejak beribu tahun silam, tanpa ilmu mikrobiologi telah mampu memberikan satu peraturan yang bertepatan dengan penemuan sains. Itulah ilmu yang datang dari pencipta sekalian alam, Allah swt.
Dengan fakta ini, kita tidak akan sama sekali mampu meneka siapa yang menjadi punca pemindahan virus kepada tubuh kita, kerana bukan sahaja individu yang sedang sakit dan selsema sahaja yang berpotensi, malah mereka yang sihat juga terdapat kemungkinan menanggung virus yang sama dan memindahkannya kepada kita melalui sentuhan dan sebagainya. Itulah takdir namanya dan kita diarah untuk berusaha sedaya mungkin dan redha serta sabar apabila diuji.

3) SEKATNYA DARI MENJADI PENYEBAR

Jikalau ditakdirkan kita tergolong dari mereka yang sedang diuji dengan selsema babi ini, pastikan sedaya upaya kita tidak menjadi sebab untuk merebaknya virus terbabit di kalangan awam. Justeru itu:-
· Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau kain semasa bersin.
· Sentiasa basuh tangan selepas memegang hingus, hidung atau selepas bersin di tangan, gunakan sabun atau apa-apa jenis sabun antibacteria.
· Kurangkan berasak-asak di tempat awam, kerana peluang pemindahan virus boleh berlaku dengan lebih besar. Namun takdir Allah mendahului segala-galanya, jika telah ditakdirkan, seseorang yang mengunci diri di dalam gua batu sekalipun pasti akan kena, mungkin melalui virus yang dibawa di atas badan semut yang memasuki gua itu!.

Kesemua tindakan dan usaha pencegahan adalah wajib kita lakukan menurut hukum Islam, kerana menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah diharamkan.

4) CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ
Bagi tujuan pemulihan, perkara biasa yang disarankan oleh para doktor adalah :-
Makan vitamin C dengan kadar lebih banyak dari biasa.
Minum air dengan kuantiti yang banyak, lebih banyak dari biasa.
Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).
Ambil cuti dan berehat sehingga sembuh.

Ditambah pula dengan nasihat dari para ilmuan Islam:

Yakinkan diri dengan kesembuhan, sebutkan kata-kata yang baik untuk diri seperti yakin diri akan sembuh segera dan sebagainya. Selain itu, jangan pula mencerca dan memaki hamun semasa sakit. Hal ini disarankan melalui hadis :-
لا عدوى ولا طيرة ، ويعجبني الفأل قالوا : وما الفأل ؟ قال : كلمة طيبة
Ertinya : Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa’l, Sahabat bertanya : “Apakah Al-Fa’l ?”
Nabi menjawab : “Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)
Berdoa agar beroleh kesembuhan dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi ini.
Bersangka baik dengan Allah dan serahkan urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :-
كلْ باسم الله توكلاً على الله وثقة بالله
Ertinya : Makanlah dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan ( sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis ini dinilai lemah)

Jangan sesekali putus asa jika ditimpa penyakit ini.
Firman Allah swt :
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.
Sekadar itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini, semoga semua kita dapat menghadapi saat sukar ekonomi dan kesihatan ini dalam keadaan yang jitu dan teguh iman kepada Allah swt.
Akhirnya hayatilah kata nabi ini
عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله له خير ، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراء شكر وكان خيرا له ، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له
Ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)
Sebarkanlah artikel ini di merata tempat, semoga ramai beroleh manfaat dan terpandu untuk menentukan iman, minda, hati dan sikap yang betul.

Bagunlah...

Kita tidak akan kalah apabila berada di bawah. Kita akan kalah sekiranya tidak bangun semula.
Sekali jatuh, tidak bangun = KALAH
Sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun = TIDAK kalah
Setiap orang pernah jatuh. Hanya mereka yang bangun selepas setiap kali kejatuhan, akhirnya akan menjadi juara.

Sabtu 25.7.09
Pagi selepas hantar athirah ke sek, dia ada kem bestari solat aku dan fuzah p ke pasar tani. Beli serba sedikit ikan n sayur, juga beli 2 ekor ayam sbb dia nak buat rendang. Dalam kul 12.00 tgh athiran balik dari sekolah. Selepas makan thari dan solat zohor, semasa duduk santai terpikiaq pula nak p umah abg lan di masjid tanah melaka, abg lan baru jer pindah sana sbb wife dia dapat ngajar kat kolej komuniti d sana. Sebenarnya kami cdng nak p ahad tp kalo p ahad rush sangat sbb keesokannya kami nak p ronda kota melaka. Apa lg kelam kabut la fuzah p msk rendang dan sayur apa tah yg guna tempoyak. Kami brtolak dari sini +- kul 5.00 ptg, semasa dlm pjlanan ke sana semasa lalu kat johol tu tengk bnyk kedai jual buah2an, fuzah teringin nak makan buah tampoi, so aku sggahlah beli buah tampoi 1 ikat rm5 ada la +-10 biji, sukanya budak2 tu mkn smpai abis tak sempat umi depa nak mkn. kami smpai umah abg lan dlm kul 6.30 ptg lama gak pjalanan 1.30 jam. mlm tu kami bmlm d umah abg lan, mlm tu dia jamu durian.
Ahad 26.7.09
Pagi lagi dah bsiap2 nak p melaka, kul 9 kami btolak ke kota melaka. Semasa p melaka dulu kami hanya p kat air keroh jer x smpat nak p banda hilir, so kali ni nak p banda hilir la pula. Kami smpai banda hilir kul 10 pg. Destinasi pertama kami ialah muzium kapal yg besar tu, beli tiket rm3 utk dewasa dan rm1 utk kanak2. Semasa msk ke dlm kapal tu, nadhirah menjerit2 tak mau masuk, rupa2nya dia takut kat patung2 yg ada kat dlm tu. Selepas dipujuk akhirnya dia masuk gak tp kena dukung jer. Selepas tu kami ke muzium tldm plak dan akhir skali kami ke pusat kraftangan, beli t-shirt kat budak2 tu. Kul 12 tgh kami makan kat pusat kraf tu, depa teringin nak mkn asam pedas melaka. Sbnarnya aku tak minat sbb pedas sngat.
Selepas makan, kami p shoping kat Giant Melaka sentral, beli brg2 dapur, sbb bulan ni x p shoping lg. Selepas shoping kami sembahyang zohor skali kat sana kami pun terus pulang. Semasa dlm pjlanan pulang semasa smpai kat simpang ampat ada la satu kedai mkn ramai sngt org, kami pun apa lg berhentilah, rupa2nya kat situ yg spesialnya ialah cendol dan mee bandung muar. Kami hanya makan cendol tp athirah ngan insyirah mkn abc. Biasa jer x ler spesial sngat. Pass mkn kami meneruskan pjlanan pulang, kami smpai dlm kul 6.00 ptg. Itu jer xtvt yg smpat aku buat masa cuti ni. Huhu... dah abis smggu cuti.

Sepanjang cuti pertengahan sem 1

Boring nyer duduk kat umah jer, asyik2 ngadap tv, layan internet n paper, tak tau nak wat apa. Semua org pogi sek, aku duduk kat umah, klu ada tanah blh gak bercucuk tanam. Dah smggu dah cuti...
Sabtu Athirah ada Kem Bestari Solat, sbb hari ni cuti, semua x p sek dia pun apa lg meragam la x nak p... skrg ni asyik marah2 jer. Tak tau la mgkin budak2 sdg membesar kot. Kita nak terlalu berkeras ngan dia org pun x sampai ati plak skrg ni jrg2 jumpa takut nanti anak2 x suka plak. Apa2 pun harap2 diaorg cepat2 dpt blk penang, boleh la bimbing slalu.
So, Ahad aku janji nak bawa p Melaka, sbb diaorg slalu tanya bila nak p Melaka plak. So, nak pujuk anak2 ni aku janjilah nak bawa p Melaka.

UPS

Isnin sampai Rabu students exam UPS, x der ler class, tp kena jaga exam plak. W/pun UPS ni 1 jam jer, tp masa dok jaga tu masyaallah, mengantuknya sampai tersengguk2 berkali2, students tengok senyum jer, nasib baik exam, klu x sure depa gelak smpai keras perut punya.
Kepada semua students matrik, selamat menjawab soalan, klu leh p la exam awai sket, bawa la apa yg perlu dibawa, tak la kelam kabut masa masuk bilik peksa. All The Best.
Mggu ni sibok sket sbb ada audit 15 - 17. Bnyak sgat dokumen yg nak kena setel, poning den.
Tp yg best nyer mggu depan cuti, so balik nogori la den, jmpa ngan wife n anak2, dah rindu sgt dah. Yg x best nyer skolah plak x cuti, so x leh la nak p mana2, dok la sorang2 kat umah.

Advice

Please educate yourself and your children. Excuses like lack of money, ability or opening are nothing more than that - excuses.

Always promote education, don't compromise on it. We hate to be weak, illiterate and poor but are we too weak to give our children the opportunity to break the curse?

Don't ignore your children's slightest misguidance from education... and please, for Allah's sake, don't use your personal contacts to promote your children in their education. If they fail, let them because it will make them learn the sweetness of success.
Remember... if they can't do it now, they can't ever.