Aku kini warga KMPP

Kini aku sudah sah menjadi warga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Pada 20 April 2009 telah melapor diri untuk memulakan tugas di sana. Memandangkan kolej sedang bercuti, so tak payah bertugas lagi la... aku akan memulakan tugas di sana mulai 08 Mei 2009. Aku dimaklumkan bahawa pada tarikh tersebut ada taklimat Mentor Mentee, untuk pengetahuan rakan2 kat KMNS aku tak akan dapat mentee, jgn jelous tau.

Selamat Tinggal KMNS

Hari ini adalah hari terakhir aku di KMNS setelah berada selama 2 thn 8 bln. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 unit Sc Info kerana begitu sporting, friendly dan kecindan. Langsung tidak menerima tekanan ketika bkerja dan dpt bkerja dgn senang hati. Sedih gak nak tinggalkan suasana yang sebegini ceria. Aku juga nak mohon ampun dan maaf kepada semua warga KMNS sekiranya terdapat salah silap aku selama di sana. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan.

Maaf dipinta jika tersasul kata,

Terlanjur bicara,

Murni kata dek mulia,

Murni bahasa dek indah,

Murni sahsiah dek amal.

Kok salah mohon diampun,

Mana yang baik jadi ikutan,

Mana yang buruk jadi teladan,

Pesan kami, setitis jadikan laut,

Sekepal jadikan gunung,

Alam terbang jadikan guru.

Melalui hari-hari terakhir di KMNS

Minggu ini adalah minggu yang terakhir aku menjadi warga KMNS. Tapi untuk melalui saat-saat akhir ini terasa amat memeritkan dan membosankan, bukan kerana hati sudah tidak suka dan bukan juga tidak sayang. Tapi tidak apa yang dapat aku lakukan sepanjang minggu ini, hanya sekadar datang mengadap komputer, melayari internet, membaca surat khabar, menonton movie etc.

Lawatan kerja ke KMK


Pada 04 - 06 April Arkib KMNS bersama Unit Kaunseling telah membuat lawatan kerja ke KMK.

1st day

Bas bertolak kul 9.00 am dan sampai di KMK +- kul 10.45 pm, satu perjalanan yang panjang kira2 13 jam. Camna tak lama, hampir semua RnR yang besar berhenti RnR Seremban, Rawang, Tapah, Bkt Merah dan last skali kat Sg Dua berenti makan char kuew teow.

2nd day

Pagi selepas breakfast p ke arkib kedah, selepas taklimat dan tengok2 arkib dia org serta lepak2 sat kat situ kami dijamu dgn mkn tghari. Maka selesailah lwtan kerja ke KMK.

Pada sebelah ptg kami p Padang Besar pula, hampir jam kat situ, aku beli Toto, baju anak2 dan skit snek. Kul 6.30 kami bertolak balik. Pada ssebelah mlm plak kami diraikan dengan jamuan mkn mlm di kedai nasi kandar.

3rd day

Hari terakhir, kami mula bkumpul kul 8.00 pg utk btolak pulang. Kami bfast kat kedai nasi kandar pokok ceri. Kemudian p Pekan Rabu pula, di sana shoping serba skit +- 3 jam gak kami pun meneruskan pjalanan pulang. Kami sampai d KMNS +- kul 11.00 mlm.

Setuhan pertama Photoscape