Kempen Earth Hours vs KFC


Sebagai menyahut seruan Kempen Earth Hour, kami telah memadamkan lampu seluruh rumah dan keluar celebrate our birthday kat KFC. My birthday on 27 Mac dan My Wife on 30 Mac so kita celebrate di tengah-tengah la. Yang paling gembira anak2 la, masing2 dah exited nak tabung muzik KFC, sepanjang perjalanan dlm kereta sibuk cerita pasai tabung tu. Bila sampai terus berlari ke kaunter untuk minta tabung tu, tapi alangkah kecewanya mereka bila dimaklumkan bahawa tabung tu dah habis. So, terpaksalah memujuk datang lagi lain untuk beli tabung tu. Aku beli Family Bucket dan minta 3 ketul drumsticks. Lebih kurang kul 9.00 mlm kami bertolak balik, sampai rumah dalam kul 9.20, masih sempat bergelap 10 minit.

Belajarlah berkata cukup...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always greener on the other side’. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu’alam…

“Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…”

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP….ALHAMDULILLAH …..”

” Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.

Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita.

Panduan Meniti Usia Menurut Islam


Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2 berikut;

1) Mumaiyiz
Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya.. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.

2) Pemuda/i
Bermula dari umur baligh hingga umur 40tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya. Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40tahun.

3) Orang tua
Bermula umur 40tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba2 ciptaanNya.

Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.

60 minit untuk bumi


Undi selamatkan bumi atau jadi mangsa pemanasan global

TIDAK perlu jeritan, laungan atau perarakan untuk memperjuangkan sesuatu agenda. Tahukah anda, satu langkah mudah mampu memberi perubahan besar dan mungkin boleh dianggap paling efektif? Inilah keunikan kempen Earth Hour yang giat dipromosikan ketika ini.

Seruan kempen Earth Hour amat mudah. Pada 28 Mac ini, mulai jam 8.30 malam, anda cuma perlu memadamkan suis lampu untuk tempoh sejam. Apa yang penting, ialah simbolik perbuatan ini serta mesej yang ingin disampaikan kepada pihak berkepentingan di seluruh dunia. Bagi individu yang menganggap perjuangan memelihara alam sekitar bukan tanggungjawab mereka, mungkin tidak terasa impak kempen ini. Namun, bagi insan prihatin dengan isu alam sekitar, Earth Hour pasti disambut baik.

Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF) pada setiap Sabtu ketiga bulan Mac. Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia. Kempen ini dipelopori WWF Australia dan akhbar Sydney Morning Herald pada 2007. Sejak itu, kempen ini semakin mendapat sokongan dunia hingga pada tahun lalu, sejumlah 50 juta penduduk dunia menyertainya.

Paling menarik, mercu tanda popular dunia seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Amerika Syarikat (AS); Colosseum di Rome; Sydney Opera House di Sydney, Australia dan papan tanda Coca Cola di Times Square di New York bergelap selama sejam. Pada penganjurannya tahun lalu, lebih 400 bandar dari tujuh benua mengambil bahagian. Dilaporkan, laman web rasmi Earth Hour menerima kunjungan lebih 6.7 juta pelawat kira-kira seminggu menghampiri Earth Hour. Enjin pencarian popular, Google juga menggelapkan laman webnya sebagai tanda sokongan.

Di Malaysia, kempen Earth Hour dilancarkan pada 16 Februari lalu. Ini adalah penyertaan pertama negara dalam misi membawa perubahan peringkat global ini. Rakyat Malaysia, baik individu, perusahaan, pemilik premis bangunan dan personaliti popular sama-sama berganding bahu bertindak mengatasi perubahan iklim dunia. Antara pihak yang turut terbabit dalam penganjuran kempen pertama di Malaysia ialah Menara Kuala Lumpur, World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia dan agensi pengiklanan, Leo Burnett.

Seiring isu pemanasan global yang kerap diperkatakan, Earth Hour 2009 bakal mencatat sejarah kerana membabitkan proses pengundian pada skala besar penduduk dunia. Inilah julung kali, penduduk dunia tanpa mengira usia, keturunan, etnik dan agama berpeluang mengundi dengan hanya memadamkan suis lampu yang berfungsi bagai kertas undi. Melalui kempen ini, pengundi bebas memilih untuk memadamkan lampu jika mahu menyelamatkan bumi atau membiarkan ia bernyala jika memilih bumi terus menjadi mangsa pemanasan global. Semua ini perlu dilakukan dalam tempoh sejam.

WWF mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi. Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto. Inilah peluang bagi penduduk dunia menyatakan suara hati mereka.

Penganjur Earth Hour 2009 mensasarkan satu bilion penyertaan penduduk dunia. Undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini. Mengikut laporan yang dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.

Sebagai penghuni bumi yang prihatin, apa kata padamkan lampu anda bagi tempoh sejam mulai jam 8.30 malam 28 Mac ini.

Sebaik memulakan langkah pertama, banyak lagi perkara lain yang anda boleh lakukan. Antaranya, mendaftar dengan penganjur Earth Hour. Anda akan menerima tip dan panduan berguna dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida dalam kehidupan seharian. Maklumat ini kemudian boleh disebarkan kepada keluarga dan kenalan.

Selain itu, individu yang mendaftarkan diri boleh berkongsi cerita mengenai kesan perubahan iklim kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta bagaimana setiap orang boleh menyumbang. Sehubungan itu, semua pihak termasuk jejaka macho yang masih memiliki rasa sayang terhadap bumi, boleh menyokong kempen Earth Hour dengan melayari laman web www.earthhour.org/malaysia. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai penduduk dunia yang prihatin!

INFO:

* Menurut WWF Thailand, bandaraya Bangkok dapat mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 73.34 megawatt bersamaan 41.6 tan karbon dioksida pada Earth Hour tahun lalu.

* Toronto, Kanada menjimatkan 900 megawatt elektrik dalam sejam.

* Ireland berjaya mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 1.5 peratus pada malam itu.

* Di Dubai, lampu yang menerangi kebanyakan kawasan dipadamkan manakala lampu jalan dimalapkan hingga 50 peratus. Hasilnya, 100 megawatt sejam elektrik dijimatkan.

Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:

Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak

PTK oh PTK...

Buat sekian kalinya menduduki PTK, ini adalah kali ke-2 aku menduduki PTK, kali pertama dulu hanya mendapat 3 - 3 bagi kompentensi Umum dan Khusus. Tapi kali ini harapan menggunung tinggi agar mendapat 4 - 4 bagi kedua-dua paper tu, kalau tak dapat kedua-dua, salah satu pun jadilah. Buat kali ini agak confident sikit jawab. Kertas Umum tahun ni "Open Book" walaupun tak dpt jawab 100% tapi boleh la jawab sebab boleh tengok buku. Kertas Khusus pula soalan agak mudah, memang lah confident menjawabnya. Tapi tak berani la pulak nak kata dapat 4. Apapun tunggulah keputusan nanti. Hanya Allah yang maha berkuasa...

Rumah ku syurgaku...



Setelah lama terbiar sepi, kini rumah yang sekian lama tanpa penghuni akan kembali berseri. Disebabkan desakan tanggungjawab ketika itu maka aku merantau seketika dan meninggalkan rumah yang diimpi. Walaupun secara fizikalnya telah aku tingalkan rumah tersebut tetapi dari segi rohani nya aku masih berdiri disitu, memerhati dari sebalik tirai lingkup alam. Kini aku akan kembali. Jika dulu halamannya di penuhi lalang setinggi pinggang, akan ku pastikan rumput hijaukan terbentang. Dinding-dinding yang sudah pudar warna akan ku serikan dengan warna-warna keceriaan seceria hidupku kini. Pasti rumah itu akan menjadi syurga buat kami sekeluarga... Isyaallah...

Menuju jalan pulang...

Sungguh pun jalan ini terlalu sukar ditempuhi hakikatnya hanya DIA sahaja yang lebih mengetahui. Jika hati tak merasai kepahitan bagaimana pula ia dapat mengetahui akan rasa manisnya bukan?
Bila hati sudah kembali ke jalanNya, hari-hari penuh duri sudah berlalu. Entah kenapa aku rasa gembira sejak akhir-akhir ini; mungkin saja kerana jalan pulang sudah terbentang. Sungguhpun hari yang mendatang berbalam-balam. Namun itu bukannya halangan untuk ku melangkah pulang. Tak sabar rasanya menghitung hari untuk pulang.

Menanti kepastian...

sunyinya malam selimuti tubuhku
terasa dingin menembus jiwaku
awanpun datang dan menelan rembulan
padamkan sebuah sinar kehidupan

gelap semakin mencekam
aku gelisah dalam penantian…..

duduk sendiri merenungi langkahku
dalam mencari arti kehidupan
namun tiada kutemukan jawaban
hingga pudarkan sebuah angan-angan

kembali kuharus menunggu
aku gelisah menanti kepastian

hari…. hari terus berlalu
mengahantui diriku

namun kupasrah dan menunggu
walau lelah hatiku
kucoba tetap tegar
dalam penantian…

haruskah ku terus menanti
menantikan jawaban
haruskah gagal lagi..
menyingkap arti kehidupan

Ku hanya mampu tersenyum.......

Tidak ada perkataan yang mampu kuucapkan kini.... hanya ku mampu tersenyum. Aku sendiri tidak pasti apakah jenis senyuman ku ini ? Yang aku tahu hanya senyum... senyum... senyum. Biar apa pun orang kata, aku peduli apa.....
Dulu senyuman ku ini bersembunyi buat seketika, saat aku mengalami sesuatu yang tidak aku ingini, tapi bukan berarti bahwa senyuman itu telah pergi...... Tapi untuk beberapa saat yang lalu, senyumanku itu pernah pergi, karena aku dibebani dengan tanggungjawab yang tidak pernah aku mengerti. Hidupku tidak pernah setenang dulu, sering berlari-lari untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti.Kini perjalananku sudah menhampiri destinasi yang dicari. Aku bersyukur dengan takdir Ilahi dengan apa yang aku kecapi kini. Akan aku sedekahkan senyuman ku ini kepada teman-teman ku yang baik hati. Terima kasih semua....

Adakah aku bermimpi......

Aku bagaikan tidak percaya.... khabar yang ku terima pagi ini telah membawa terbang segala kesengsaraan, penderitaan dan keperitan yang aku alami kini. Ya Allah, aku bersyukur di atas limpah kurniaMu yang memudahkan segala urusanku. Berilah taufik dan hidayahMu agar aku tidak terus hanyut dan alpa dengan nikmat yang Engkau berikan... amin

Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang



Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Laut mengimbau sayu
Ombak ombak ini hatiku
Berhasrat tiada sepi

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hujan memberi lagu
Angin menampar
Setiap ruang angkasa
Berhiba awan pilu

Aku antara insan beribu
Airmataku antara laut lepas
Laguku hilang di angin menderu
Pecah di pantai terhempas

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hatiku terjun ke air
Mencari tempat tempat bagiku
Aku seorang pelarian