Sudah lama aku tidak menjengah ke laman ini. Rasa bosan menyelubungi seluruh jiwaku.
Hmmm..... sebenarnya.... di saat ini, aku rasa sangat bosan, sedih dan fikiran pun bercelaru..... Aku bosan menjalani kehidupan seperti ini..... Aku sedih bila memikirkan tentang masalah dan kemelut yang melanda diri....... Keadaan ini membuatkan fikiran aku jadi tak menentu...... Serabut dan bercelaru.
...... tapi....... aku bersyukur..... kerana hidup ku sekeluarga masih bahagia..... bahagia kerana mempunyai seorang iateri yang penyayang, pengasih dan penyabar...... bahagia kerana mempunyai tiga orang puteri yang comel, manja, petah dan lincah..... walaupun sesekali kenakalannya membuatkan aku naik geram.... bahagia kerana mempunyai sebuah keluarga yang harmoni . Dan aku juga bahagia kerana dikelilingi oleh teman2 yang baik, memahami dan sudi nasihat-menasihati sesama sendiri....
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaanNya ini...

Aku masih mencari...



Kata orang, kita akan behagia bila sudah berada dipuncak, jiwa akan berasa tenang, udara terasa nyaman dan dada menjadi lapang. Tapi mengapa aku menjadi sebaliknya ? Jiwa tak pernah tenteram, udara terasa berbahang dan hidup seakan tertekan. Mengapa haaa.... ? Apa yang aku cari sebenarnya... ? Semua persoalan tiada jawapan




Walaupun suatu masa dulu aku pernah bertekad tidak mahu melalui saat-saat seperti ini. Tapi apalah sangat tekad seorang manusia yang serba kekurangan seperti aku. Mudah kah aku untuk menanam tekad, mengatakan itu dan ini, tapi apabila tiba masanya, tidak tertunai jua.

Aku akui sepanjang masa dahulu adalah antara saat terindah yang pernah aku miliki, tapi apakan daya, ketentuan takdir lebih menghendakkan supaya aku tidak terus melaluinya. Mungkin sesuatu yang baik pada pandangan aku itu bukanlah sesuatu yang baik juga pada pandangan Tuhan, lantas aku terpaksa menghadapinya. Bukankah Tuhan itu lebih mengetahui segala-galanya. Saat terindah hanya sekadar kenangan, tidak dapat aku genggam dan tidak dapat juga aku miliki.

Terima Kasih Teman

Dalam berusaha kita sering diuji, ada yang memuji dan tak kurang juga yang mencaci. Jika diturutkan rasa hati, ingin sahaja dilepaskan beban ini, tak daya rasanya menanggung lagi.

Mujur ada teman membantu, sokonganmu buat Inspirasi.

Terima Kasih kepada yang mengerti dan memahami.

Akulah jiwa yang resah itu...


Hari ini kesenangan, kegembiraan dan ketenangan yang kumiliki semuanya sudah berlalu...Aku membuka mataku dengan penuh keresahan... Hari ini semuanya tidak lagi seindah semalam dan sebelumnya. Tiba-tiba dunia menjadi semakin celaru...Tidak ada lagi bunyi-bunyian indah....Yang tinggal hanya sebuah jiwa yang resah..
Detik itu adalah penamat segalanya...Akulah jiwa yang resah itu... RESAH meniti jalan yang sungguh mengelirukan. Aku tahu aku akan jatuh tapi kenapa aku masih terus berjalan diatas titian yang tidak menjanjikan apa-apa itu.

Bukan niat menyakiti, tapi sekadar untuk berbakti...

Langsung tak terlintas di fikiran aku akan berada di sini... satu daerah yang begitu asing bagiku. Bukan kehendak ku, tp takdir sudah tertulis aku akan berada di sini. Berada di sini bermakna aku terpaksa memikul satu tanggungjawab yg begitu berat dan mencabar. Cabaran yg paling sukar untuk ku hadapi ialah menghadapi insan-insan yang tak pernah mengerti. Manusia bebas bertindak tapi kurang berwaspada & menggunakan akal budi.

Apakan dayaku, hanya insan biasa yang berhak mencari kebenaran hakiki dalam kerencaman dunia globalisasi ini.. Bukan maksudku menghinjak pertalian yg terbina tapi sekadar mengungkap rencana rahsia hidup berkiblatkan dunia.
Aku bukan MALAIKAT yang bisa melindungi manusia, aku bukan NABI yang bisa sempurna, aku bukan SYAITAN yang bisa mengkhianati manusia. Aku adalah INSAN biasa yang punya perasaan, hati, akal dan iman. Kerna aku tahu hidup ini tidak semudah seperti dijangka.
Jika ada yang tidak berpuas hati, aku rela merendah diri memohon agar dimaafi.
Bukan niat untuk menyakiti tp sekadar untuk berbakti.

Mencari Jalan ...



Luruskah jalan yang ku lalui ini???

aku hanya ingin mengikuti jalan mereka, yang telah berjaya....

Perjalanan ini masih jauh... Masih banyak lagi yang perlu aku lalui dalam menempuh kehidupan ini...Semalam dan hari ini hanyalah secebis daripada keseluhruhan hidup ini. Namun, semalam dan hari ini juga yang mampu mencorak hari esok...

Andai diukur dalam masa perjalanan ini, aku masih hijau dan mentah... Pengetahuan ku yang cetek... tiada nilai dan erti dalam dunia yang dikuasai oleh manusia yang lebih berpengalaman dan bepengetahuaan.

Sedekad yang lalu, semasa aku masih lagi dalam dunia fantasi kanak-kanak ku, aku dapat rasakan bahawa dunia ini berputar di sekitarku... Dunia ini berputar dan aku salah satu kuasa yang memutarkan putaran dunia ini..

Namun, sejak aku melangkahi dunia dewasa ini, hidupku bagai tiada erti... Tiada erti pada pandangan manusia lainnya. Dunia masih lagi berputar. Dunia ini tetap berpusing. Namun putarannya itu jauh dariku...Tidak tergapai tangan ini.. Tiada kudrat ku mengencapinya...

Ah.............Terlalu panjang aku mengomel dan merungut tentang hidup ini. Mengapa??? Semalam , sejak minggu yang lalu... Aku mula memikirkan, andai aku terus menangisi perkara ini, aku tetap di sini.. Masa tidak akan berubah... Keadaan akan tetap sama...

Kepada semua rakan-rakan sepejuangan ku.....
Yang pahit ditelan dijadikan ubat...
Patah sayap terbang jua...

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!

SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA

INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI

DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Keliru

Bukan melayan perasaan
Tapi cuma terkenang
Ke mana kaki melangkah ada halangan
Walau tiada airmata
Yang mengalir di pipi
Hati menangis tak siapa tahu
Jika ku turutkan hati
Pasti tidak di sini
Sudah lama aku pergi membawa diri
Untuk apaku berundur
Menunjukkan ku kalah
Biarlah masa tentukan segala
Apa yang menjadi ukuranmu
Apa yang engkau mahu dari ku katakanlah
Usah biarkan ku tertanya
Tanpa satu jawapan
Dan bukan menyebabkan
Aku keliru
Tak dapat ku tafsirkan
Apa difikiran mu
Tiada ketenangan ku temui